Tuesday, 15 April 2014

TENTANG SAYA

Nama saya Syafafwati Hilmi. Saya di lahirkan pada 1986 di Kelantan. Sejak lahir lagi saya hidup berpindah-randah di sekitar daerah-daerah di Terengganu kerana ayah saya bekerja sebagai Pegawai Pertanian.

Kisah saya pada zaman kanak-kanak tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak lain. Setiap hari saya akan ke sekolah dan bila cuti saya banyak menghabiskan masa di Kampung emak saya di Kelantan. Di sini saya banyak belajar kehidupan kampung di mana saya belajar membanting padi di musim menuai dan banyak lagi.


No comments:

Post a Comment